Aku rajin sikit kongsi apa yang aku dah lalui...
kalau pada sesiapa nak bayar yuran untuk pengajiaan untuk diri sendiri atau pun anak sendiri..pastu tak cukup budget nak bayar sebab dah terlebih sopping... senang jer...
korang boleh bayar guna KWSP dia akan tolak dari akaun ke2 kita. Kan akaun ke 2 boleh buat pengeluaran seperti :-
1. Pengeluaran Membeli/Membina Rumah
2. Pengeluaran Membayar Baki pinjaman Rumah
3.Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Rumah
4. Pengeluaran Kematian
5. Pengeluaran Pendidikan
6. Pengeluaran Meningalkan Negara
7. Cari dan baca sendiri aku bukan orang kwsp..eheheheh
Langkah 1
pergi cari borang dekat lawan web KWSP ishh aku tau korang semua anje.. ini ha kwsp
pastu klik kat ahli/member
pastu sebelah kiri ada list macam ini klik "pengeluaran"
pastu cari " Borang-borang berkaitan pengeluaran" klik
pastu cari kat situ " KWSP 9H (Ahli) - Pengeluaran Pendidikan'' klik dan download
pastu print (print sekali senarai semak dokumen) dan isi (PEN HITAM SAHAJA)
Langkah 2
Lengkap kan borang tu semua... pasti kan semua borang lengkap dan dokumen kena ada.
dan kemudian hantar pada KWSP
selesai ....
tapi kalau pelajar EPJJ/PLK UiTM sesiapa bayar mengunakkan KWSP pastikan korang sentiase update dan tanye dekat uitm ( check dekat Online Bendahari) sama ada yuran dah settle ke belum... kalau still belum settle sila bertindak segera.. sebab proses UiTM nak keluarkan invoice untuk bagi ke KWSP mengambil masa sedikit.. Bukan nak kutuk UiTM tapi nak inform jer.. Yelah UiTM bukan nak kena jaga seorang pelajar b'ribu2 pelajar UiTM kena jage. so kalau belum settle dan tarikh Gugur taraf dah dekat sila telephone KWSP serta UiTM. kalau korang tak buat nanti xboleh masuk ejam yer...
Pada yang full time (anak) tak silap aku korang boleh claim balik jer.. sebab KWSP akan mintak resit pembayaran .. so masa bayar yuran sila simpan resit pembayaran atau fotostat sebab nak tunjuk bahan bukti yang kita dah bayar....
Note akhir
Pada sesiap yang memerluakan borang pengesah belajar dari Uitm sila klik :-
1. bendahari.uitm
2. cari tajuk bill pelajar tak pon direct klik sini bil pelajar, masukan kad matrix
3.sebelah kiri bawah ada tulisan "e-kwsp" pastu klik pastu klik "ok" pastu klik "jana" pastu klik cetak pastu tunggu kertas keluar dari tempat printer yer... heheheh
Okey selamat mencuba....
Hokey disini, disebabkan yang nak mohon PTPTN confirm 18 tahun (aku budget ) so semua ini adik2 lah yer .. disini hakak nak tolong sikit nak bagi ilmu apa yang hakak ada...
yelah al maklum lah sekarang dok sibuk serta menyibuk dan menyelit nengok anak buah aku apply macam sebelum masuk University .. sedang ingat ilmu ini baik aku kongsi mana tau satu hari aku dah kawin ada anak... anak nak masuk university.. aku lupa cara nak apply boleh jer aku rujuk blog aku sendiri.. (hokey dah kelaut) skip semua benda melalut kita terus step2 nya.. hadik2 sayang..
Langkah 1
Korang pergi beli No pin PTPTN dulu dekat bank serta kena ada akaun SSPN (Skim Simpanan Pendidikan Nasional, cara2 pergi bank tanya!!) , kalau tak ada pergi bukak!!...
Eh kak nak beli kat mana erk ?? " siapa tanya aku cepuk
Korang boleh dapat dekat
BSN ( bank paling selamat pergi untuk urusan U nie )
Langkah 2
korang pergi sini "http://www.ptptn.gov.my/" ( pasti kan guna internet Explore sahaja)
pastu klik "PTPTN Online"
Langkah 3
pasti kan sebelum isi baca semua..kalau die suh klik..korang klik pastu baca.. jangan klik pastu tak baca
isi dengan jujur dan adil ...
isi kat pendaftaran kali pertama.... ikut semua arahan... (malas pulak rase nak detailkan)
print apa yang disuruh
Langkah 4
tunggu dua minggu atau seminggu korang check sama ada berjaya atau tak... nak check kat mana? check kat kedai basikal... hehehe Check kat Laman web nya .. ingat tak masa masuk PTPTN online die ada tulis semak korang klik situ....
Ikut arahan dia
Selepas berjaya
Peringatan!!!
Masa isi borang guna Pen Mata Bulat HITAM/BIRU
Langkah 1
Beli setem hasil 2 keping dekat pejabat pos, pastu matikan setem pada tarikah yang sama untuk dua2 setem tersebut.. ini bukan setem Rm0.20yer .. ini setem lain..Setem hasil nama nya RM 10 setiap
Langkah 2
Susun semua borang seperti bibawah
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
Peringatan!!
Semua borang di potostat korang kena ada pengesah dari pegawai A, ketua kampung,dukun (hehehe) nak hakak punya pun boleh tapi nanti hakak stamp kan PAID tak pon RECEIVE hehehehe... semua dokumen mesti cantik dan bersih
Langkah 3
bawak borang tu masa g university nanti wakil PTPTN akan kutip selalu nya.. tak pon nak bagi direct dekat pejabat die pun boleh ...
Good Luck semua... Dah Pinjam Jangan Lupa Bayar..
Okey malas nak komen pasal tak bukak blog.... aku skip kan senang... tak payah membel sangat
Sabtu lepas buat persiapan raya tuk kali ke dua ( rumah ) .. yang pertama dah settle ( baju raya mak n ayah)
nak dijadikan cerita 3 hari sebelum nak cari langsir aku bukak blog ( macam biase baca semua blog ) aku ternampak kat list blog yang ini
Apa lagi laju tangan aku klik blog Kak Moon nak baca seterus nya ... wah exclusive discount pada reader... ( terharu sangat, hasil bacaan tak sia-sia) heheheh
nak dijadikan cerita lagi lah kan .. malam jumaat mak dah mula nak merajuk sebab dah dua kali sabtu aku reject/cancelled program cari langsir raya , sebelum mak aku jadi pelakon cerita batu meru batu bertangkup ... meh lah aku realisasikan sabtu die,ada peluang aku jumpa kak moon.
cakap kat mak :-
Aku : Mak esok kita p globe
Mak : boleh jer.. mak dah lama tak pergi chow kit.. dulu2 muda2 asal nak raya mak shopping kat chow kit
Aku : so mak tahu lah jalan nak p Globe tu
Mak : tahu... sima x tahu ke
Aku : takkk ( walhal tahu.. saje nak test die jer )
Mak : okey esok mak tunjuk jalan
ishh dalam hati belagak sungguh opah nie, esok sampi KL baru die tahu macam mana .. korang nak tahu die siap cakap nak parking kat belakang globe tu jer.. okey fine.. kita tengok esok!!
sampai area KL, aku ikut jalan titiwangsa sebab jalan tu dah dekat chow kit.. aku tanya mak
Aku : okey dah masuk KL dah nie macam mana nak p Globe tu
Mak : mana hospital KL, sebab hospital kl depan die jalan nak pergi chow kit, terus jer depan sikit ada simpang kanan masuk kanan ...
aku jalan jer tengok kan.. die siap intai mana hospital aku diam kan jer nak usik die ...
Mak : masuk kanan ini (jalan chow kit ) pastu ada simpang belok kiri kita lalu belakang masjid jamek
Aku : mak ini one way, mana boleh masuk sini...
Mak : boleh dulu ayah mak masuk sini.. tengok jalan ni nie jem ..kalau ikot jalan tadi dah xmacam nie ..potpet..potpet..
aku layan jer jalan jem teruk tu.. ikot situ kejap jer sampi jalan tar tu walapun jem teruk... bile dah dekat sampi dengan sogo
Mak : eh dekat nya ikut sini.. tak payah belok2 terus jer .. pandai anak mak jalan KL ni
Aku : tengok orang lah mak....
sampi globe tingakat 7 ..cepat2 cari kak Moon dah perkenalkan diri .. aku ikut lah mak aku pusing cari ,dah satu jam dari aku berkasut jadi tak berkasut (kaki ayam, sebab kaki aku dah mula melecet sebab pakai kasut ballerinassssss)
Mak aku rambang mata ... mak cakap cantik2... murah2 ( sebab seblum masuk globe dah tawaf satu chow kit dulu.. survey betul2 cantik dan murah, tapi kak moon tak ada tandingan ) semua die nak pegang
dah habis tawaf 7 kali pusingan, mak aku dah berkenan yang satu dan dah siap package gaduh2 ngan aku ( sebelum datang lupa nak kira berapa meter kena beli) kira berapa meter yang nak ..pastu potong.. pastu dapat bill ..muke ada senyum ,murah jer tak macam dua tahun lepas dekat RM3++ kena... tak sampai RM200 pun untuk 33 meter ( jimat tahun ini).. hati ada senyum kena mintak hadiah kak moon dulu
bulat nya aku.. seram tengok diri sendiri..
sebelum balik amik pic dulu borak2 kejap...pastu menapak p dekat maju junction (sebab aku park situ, korang bayang kan bertapa sakit nya kaki dengan angkot langsir.. ada hati orang tu ajak g kl naik train)
dapat kereta terus pergi jalan Taiping klang... sebab nak cari bunga untuk raya... nasib baik bunga yang cantik tak sampi lagi... bunga buruk2 jer ada...
Mak : Kita beli 2 minggu lagi lah... mak tengok bunga tak lawa... boleh kan
Aku : boleh jer (die tidak akan puas hati selagi imagenasi dan combination warna langsir ,bunga dan carpet x match )
ini lah mak saya....
cer tegok kasut siapa die bedal.. gambar gegar... kasut aku die sebat...
okey lah sekian ini.. macam dah blur... apa2 hal korang nak pergi cari langsir ..
cari lah kat Sarah Hugnes Globle..Tingkat 7.. omel2 langsir nya...
selamat bershopping raya semua....
Firman Allah SWT, bermaksud “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.