Tuesday, May 20, 2014

Ada petua pistt..

Firman Allah SWT, bermaksud “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7)


Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Monday, April 14, 2014

Budak dulu dan sekarang

Hari ini aku nak share lah ngan korang pasal kerenah anak buah aku. aku kan banyak anak buah so hari ini yang terpilih ada lah anak buah aku no.hmmmm "AFIQAH" anak kak de aku ( anak sulung dia) 
bukan apa... perspective aku terhadap die orang betul2 meleset. Yelah aku tengok perkembangan budak2 sekarang so aku direct asume die orang pun sama macam tu. 

hahah.. jahat kan aku, maksu yang suke pikir buruk kat anak buah aku jer.. hahah ( xpe nak buah sendiri). Tapi alhamdulilah depan mata aku masih okey lagi, xtau lah disebalik nya. Cume bahasa die orang guna kalau kasar tu biase kot. Kalau menguris hati orang aku direct jer cakap " kalau nak cakap gunakan  otak dan hati dulu sebelum cakap" so die orang kena paham2  yang selalu kena Afiqah lah .. sebab mulut die agak tajam disitu ( maaf kan maksu yer..heheh) tapi kalau cakap dengan kawan sumpah lembut giler. 
tapi aku bangga dengan pika sekarang ini, makin besar makin matang dan dah berubah sikit.

 Bukan masa aku aktive  jadi supir die amik die dari sekolah, aku terdengar perbualan die orang ke arah islamic sikit. Buat maksu awak ini terasa malu dan segan sikit . heheh Pika akan berbual dengan kawan die aina (waktu balik tumpang pika, pergi sekolah pika tumpang dia) (ayat maksu jadi sekma) 

die orang selalu berborak tentang para2 nabi dan rasul . kadang2 aku lupa cerita kisah tu bile die orang cerita balik aku teringat kembali.  kalau die orang tak borak2 kisah nabi , dosa dan pahala, bila pintu taubat tertutup lah.. cerita tentang dalam syurga .. ( die orang akan borak dalam kereta sehingga sampi rumah aina) 
ada satu tahap tu aku terasa sangat malu dan sedih bila kawan pika tanya dekat pika 

Aina : Nanti saya masuk syurga tak?? 

wah korang nya topic gerun aku dengar weii...

tapi kalau pika jumpa Adibah (anak along ) mesti die orang cerita tentang sekolah terutama subject bahasa arab, xpon ustazah atau ustaz die orang . ( die orang nak jumpa antar satu sama lean memang payah semua aktive kat sekolah) 

kalau jumpa nabila.. macam tak borak sangat sebab setiap kali nabila datang mesti bawak labibah so semua tertumpu kat labibah. Pika dok bila die study xpon hafal ayat, macam tak bercakap jer semenjak besar ini. 

okey2 cerita pika setakat itu sahaja.. kalau dia baca mesti kembang .. walah teman gaduh aku tu... 
xpe ape2 pun gaduh ngan die aku akan pastikan aku akan menang ... :) 
bahhaaaa....


Tuesday, April 8, 2014

Kecelaruan


dah lama betul aku xtengok blog semenjak ada phone changgih nie semua aku tinggalkan,ibarat kacang lupakan kulit sekarang.Bukak fb sekadar nak check siape kawin, pic kawin orang "yang ada terselit pic aku" tu aku tengok.. pastu tutup.. tak pon tengok video2 lawak... dah bosan.. niat nak tutup sebab nak direct pakai IG jer... tapi disebabkan 100% member FB aku yang ada IG 50% jer macam susah... nak tengok pic.. 
kalo pas amik pic beramai2 ..whatsapp tak pon wechat jer.. ahha sungguh teknologi ... 
phone aku dah nak hag... banyok benor gambor.... okey2 balik cerita asal.. 

Kecelaruaan bermula.. pabila ... kan aku "tak mo bercinta" so strategic aku layan semua kekawan.. kalau rasa sesuai ajak bincang terus kawin.. "gelojoh sungguh" bukan apa umur aku pun dah mula nak masuk 2@ dah so... kena lah aku menjadi gelojoh serius mencari pasangan...bahaaaaaa... pilihan atau pun calon dah ada... tapi xshort list kan... hahah Budget jer walhal nanado..cuma dan pabila (ayat..) emak mula membunga suka kat someone tu..(habis terbang semua anak2 kawan die yang die dah short list kan aritu...  mak aku memang risau anak die kawin lambat..walhal akk-akk aku semua kawin umur 27 taun... ) dan some one eh x some two cuba aku dekat kan dengan diri aku dan family tu, macam tak dapat approval jer :( 

Yelah dah try shortlist kan pilihan suh mak dan ayah pilihkan tapi die(mak aku..ayah aku on jer) still nak pilih yang dia kat someone tu... bukan aku xkenal budak tu ..kenal sangat .. mak aku kenal budak tu sebab budak tu kawan aku jugak.. tapi dah penat r.. dalam masa 5 bulan jadi perigi yang kerja timba, sekali tanah dah jumpe timba yang die suke... Imagenasi thinggii benor...

Mak pulak cakap " kadang2 kita tak nampak yang die ada depan mata"  
kalau aku choose budak tu confirm dapat cop mohor ... tapi masalah nya kan... betul ke budak tu suke aku.. nak amik aku jadi orang rumah die ( O_o) bahhaaaa... 

hmm.. okey aku tak de mood naik taip macam dah... saje jer test jari nak taip tanpa tengok .. menjadi idakk .. baiii 

Friday, February 21, 2014

Perfume Branded Ori dan Murah2_Part_2


apa tunggu lagi kekawan... Moh lah kita.... dan jomm... 
RM120 Sahaja 

Pelikan.... 
apa yang nak dipelikan.... 
Ini benar .... 




List2 perfume yang ada... selagi stok masih ada...