tajuk nak orang putih jer:)
sempat aku nak taip... walapun ada beberapa minit lagi aku nak balik.
oky sekarang ini dah masuk pertengahan bulan 9.. so ada lagi 3 bulan setengah lagi nak masuk tahun 2015.
so (berapa banyak so dahh) korang punya azam 2014 amacam ha???
kali ini azam 2014 aku timing nya lari sangat ... semalam aku p review balik azam 2014 rope nya aku nya azam untuk turunkan berat badan yang patut aku capai adalah bulan 35-45 Kg...
sekarang dah bulan 9 sempat aishhh.... tapi tak pe.. aku tahu setiap apa yang aku nak buat adalah misi idup aku... (ayat dah putar belit dah), walapun lari timing insya allah akan aku cuba dapatkan berat aku 45kg.. Semalam aku p timbang so aku nak cicah 45Kg aku wajib kurangan kan 6kg lagi... Insya allah usha tangga kejayaan.
Kalau ada pembaca yang dah baca azam 2014 aku yang aku tanam akhir tahun lepas ( sebenarnya misi) lah leh tahu apa yang aku ingin kan dalam jangke masa 5 tahun akan datang :)
Misi pertama : aku kena start balik tahun depan sebab dah banyak terguna dek bayar yuran
Misi kedua : aku tak ingat xsilap pasal aku kena ada rumah sebelum 27 tahun ... ( ikut tarikh lari naa...)
Misi ketiga : mungkin bab kurus kot.. yang konon2 aku nak capai berat badan aku 35-45kg ( gile doh)
nak nasihat sikit lah kan... tak kira lah kau nak buat apa sahaja perlukan usha dan nekad yang kuat...
ke tepikan apa orang cakap,caci, kutuk, comment apa2 yang menyakitkan hati or apa sahaja .. kau jadiakn tu sebagai cabar kau... yang berjaya kau bukan nya orang tu.. ( tapi kalau cacian tu boleh jadikan nasihat tu amik lah jangan pulak kau ignore... means kau kena pandai amik message yang orang sampai kan ) . dan satu lagi usha dan nekad tu biar lah jalan yang betul...
Contoh :-
kau nak kaya cepat pastu kau nekad dan usha iaitu 'rompak bank" situ memang nampak usha kau tapi usha tu mendorong kau dalam kesusahan ..
pastu kalau korang dikalangan berisi macam aku, pastu orang cakap gemuk nya kau ini
"jangan pulak kau pi ngis kuat2 or tarik muka.. kau mengaku jer kau gemuk pastu apa lagi dah tau kau kena kutuk pastu kau buktikan pada dunia yang kau boleh kurus" (amboi dunia mak nyah )
sama jugak dengan kau kerja ke apa ke.. orang cakap kau ini kerja siang malam atau lean2 (kira mengutukan kan kau ) kau ia kan jer dan kemudian kau bukti kan pada orang yang dia orang cakap tu 100% salah... hahahah pandai tak mak jemah bagi nasihat..
kalau bab jodoh pandai2 sendiri lah.. ahahahsahahah
Tibe2 aku teringat dan nak sangat taip short entry tentang "sombong"
Pernah orang cakap belakang (yang aku dengar ) dan ada yang cakap depan2 yang aku ini sombong...
Aku pon tak tahu sombong tahap mana yer.. yang aku tahu , jenis aku non stop bercakap..lagi2 orang kenal rapat ke tak rapat ke.. mulut aku sentiase nak cakap lantok ler orang nak cakap aku ini mulut murai...
tapi jugak golongan yang menyatakan "kalau orang tu tak kenal kau memang orang tu tak tahu kau ini riuah orang nya, tengok macam sombong"
choii.. mana ada sombong.. kalau aku tak kenal orang tak kan aku tiba2 nak cakap "awak sihat" ," awak dah makan" macam sawan nyamuk adis pulak kan. Setakat senyum yang manis ini :) ada lah aku lemparkan pada yang aku kenal muka mungkin tak tahu nama atau pon orang yang pandang aku dia senyum aku senyum... kang tiba2 aku tersenyum pulak tu ada bini pengsan aku nanti...
HA!!
aku tahu kenapa salah satu sebab
aku ini rabun jauh , kalau korang jauh dari aku mana aku nampak muka yang aku nampak tubuh manusia.. mata idung mulut semua kabur.. so bile kes macam tu tak akan aku senyum atau pon tegur kang kalau aku guna khidmat mata yang rabun ini tak pasal2 aku tegur orang yang tak kenal.. Malu nanti...
kalau korang terpacak depan aku baru aku nampak clean and clear ..
so lepas ini pada sesiap yang nampak (kira kenal aku dan aku kenal korang ) pastu aku buat sardin jer tak tegur korang means kau tak nampak korang... aku ini hantu lupa... kadang2 jer ak ingat nak sumbat leans dalam mata...
ehheheh oky...