Alhamdulilah tanggal 05/03/2016 selamat dirisik oleh pihak dia.. Perjalanan majils agak lancar walapun kelam kabut sikit. kami ber3 start masak start dari pukul 8 pagi untuk 5 jenis makanan iaitu 1. Rendang tok 2. ayam masak kicap 3. masak lemak 4. masodeh kot 5. Nasik Putih 6. Lontong (order). Persedian bawang aku start dari pukul 8malam bawak kepada 2 pagi..esok nya pukul 8pagi sambung santan aku kena bland santan 20 bijik semua. lintang pukang buat semua siap masak tepat pukul 1petang. Serius memang nak tercabut segala urat hanya 3 orang yang buat untuk makan 50 orang ada 5 jenis bahan nak siapkan.. Sedikit taubat nak masak sendiri kalau kenduri macam ini. Yelah mak aku terpakse masak dalam 3 lauk kakak aku 2 lauk.
aku kuar kejap beli ais and tisu bagi dekat NSK, sampai jer rumah jam dah pukul 2petang dengan tak mandi. Mandi solat2 tutup akak aku jerit rombongan dah sampai. Mase tu baru jer aku lepas beri salam. time tu berdebar dah tak de darah naik tiba2 sebab si dia tak infom gerak awal. Kelam kabut lah aku dekat bilik dan kakak2 and family aku yang kat dapur. kesian dia orang, lepas ini dah tak susahkan korang.
Yang kat depan dah start bincang2 dah.. aku kat bilik dah jadi ais ketakutan sambil die orang siapakan aku ( aqila) aku layan ketakutan aku. Dah siap je.. mak dah panggil berkali2 suruh keluar, gemuruh gila kaki jadi stuck kaku tak boleh nak gerak. Mak tarik aku pelan2 so orang pertama aku nampak opcoz lah dia pastu along aku and acik asiah. Lepas salam acik asiah "bakal pak mertua kenal kan ahli keluarga dia"
dah salam2 mak mertua borak sikit aku mintak kebenaran lari kebelakang kejap
Pergi dapur amik napas, pergi ruang tengah duduk belakang aku sambil aku pegang kuat2 lengan bapak aku, time tu aku rasa hanya ayah jer leh pinjam kan kekuatan. selang beberapa minit aku kena panggil lagi.
Adooii gemuruh datang balik.. terpaksa aku bangun and duduk sebelah future mother in law aku.
Rupa nya nak sarung cincin. Memang terketar2 lah tangan time tu, mujur Mil aku cakap tak pe tunggu mak sekali erk... tanpa rase segan aah tunggu mak lah... Bila mak dah duduk sebelah aku.. jari aku disarung cincin time tu tangan shake... MIL aku cakap sejuk tangan... lepas dapat cincin salam aku cium pipi kiri kanan konon nak belah lah sekali kena warning ngan mak aku jangan kemana2... Okey pasrah
dia pun datang abg aku dok interview dia kot. aku memang tak padang mana pandang kek jer.. Bakal adik ipar aku dok amik gambar..Dik malu hakak tau terus aku kaku.Lepas jemputt dia orang makan dengan banga duduk dapur havoc ngan kakak2 and anak2 buah aku.
Lepas makan dia orang bincangan tetapkan tarikh pertunangan. sebulat suara semua terima pada 30/04/2016
Bakal mak mertua tengah sarung cincin
tengah2 tu
Bakal adik ipor, kakak ipor,mak ipor
ayu lah konon
Bakal pak mertua and ayah ku
hoi sebelah bakal mak mertua sempat melombong ke