Thursday, June 25, 2015

second time ditipu benda yang sama

dah tak sedih sekarang. Cuma sekarang tengah cari kekuatan dari dalam. walapun aku dah bersedia benda ini lebih awal mengikut kata2 naluri hati tapi agak sedikit speechless bila "it's Over' game paling syok dimainkan. tapi aku redha. 
dah tahu lama dah.. 
Jangan lah terpedaya sangat dengan kata2 orang walapun dah kenal 12 tahun, jangan mengharapakan perubahan dalam masa 9tahun.  

Game Over...Ever and Ever...

Monday, June 22, 2015

Thesis-Final Project paper-Degree HRM-UITM

panjang nya tajukan.wah maraton kau taip blog yer..dalam masa 30minit 3 post hebat...
permulaan nak buat thesis korang pastikan siapa supervisor kau kalau pelajar Epjj/PLK korang gi masuk web Ined Uitm kat situ dia akan infom siapa supervisor korang. Full time hamba tak tahu 

step 1 - dah kenal supervisor start buat chapter 1 (Markah ke2 Tinggi)
1. set date nak jumpa 1st time. 
sebelum jumpa pastikan korang dah ready 2 ato 3 tajuk siap bina sekali Theoretical Framework. Mudah cutting masa (epjj xada masa sangat ada satu sem nak siapkan)
pastikan korang paham kenapa korang pilih tajuk tu. reson dia kenapa2... and makesure resources dia cukup

2. mula bina Chapter 1
Buat 
1. objective of study - kenapa korang buat kajian tu
2. problem statment-  problem yang korang nak solve kan atau untuk cari punca problem
3. Question objective 
Mesti korang dah belajar research Method kan so korang kena ingat flow dia. 
(sambil2 boleh google questionnaire)

Step 2 - chapter 2  Literature Review 

1. cari journal untuk buat chapter 1
buat Literature review. nak cari banyak sources tak pe tapi makesure korang dah baca sikit paham dan ada kaitan dengan korang punya kajian  dan pastikan journal tu boleh membantu manjawab question objective korang dan problem statment. tak sure betul atau salah date dengan supervisor korang. 

step 3 - Chapter 3 Research Methodology
chapter ini senang jer korang boleh nampak dari buat chapter 1 lagi (semua aku sumbat time buat chapter 1)
kalau aku item kat chapter 3 ini 

1. Data Collection Method
2. Sampling Design
3. Data Analysis Technique  
4.Descriptive statistic
nak lagi boleh google banyak benda aku buang sebab tak ada idea nak taip. 

Step 3 - Finding (markah paling Tinggi)
1. dapat kat SPSS dulu sebab dia membantu masa korang nak kira questionnaire dari respondent.
nak kira sendiri in manualy boleh tapi payah yer. 
part nie kira result kau apa hasil questionnaire korang . apa pandang respondent korang.

Step 4 - Recommendation & Conculsion 
Aku nak sentuh sikit ala2 banyak. Kira aku punya step buat part ini. 
bila dapat result boleh conculsion (part paling best)
Mula2 aku sentuh recommedation dulu yer. recommen dari result sahaja jangan nak lebih2 so kau boleh recommend apa sahaja tapi kena ada bukit dari journal mana kau dapat padangan tu (ingat korang bukan 1st pekaji yer) so dah letak ayat2 dari journal (siapa,tahun,tajuk journal) korang sambung sikit ayat korang related kan dengan company korang kaji. kalau boleh setiap subtopic.
conclusion korang step yang sama macam recommendation tapi pasti kan tak sama. recommendation cadanagn conculsion kira kajian keseluruhan ( kau boleh kaitan dengan dari chapter 1 hingga abis) 

step 5 - pastikan semua chapter diluluskan oleh supervisor yer 
dah siap buat print draft jangan nak print cantik3 sangat 
masa lepas viva lepas edit2 baru print cantik 
pastu cari baju convo. :) 

tak detail sangat sebab tak beberapa nak ingat.. ehheheh





4


Finishing Degree HRM

dah macam Fishergirl dah pulak... kahkah 
untuk makluman i'am officially graduate..
Thanks wish hehehhe 
Lega pon ada sedih pon ada. Azab thesis berakhir dengan cemerlang nya. 

12/05/2015 (trip langkawi hadiah kira sebagai reward diri lah)







Bunga Buat sendiri yer. tak payah beli bunga idup lama2 bunga tu mati. beli bunga yang palsu pastu buat macma tu cantik2 tahan lama pun tahan .. mungkin anak aku degree nanti boleh aku bagi bunga ini balik..save cost..ehhehe


  

Holiday Langkawi

Sangat2 lama tak update blog..aku pon dah pening kepala nak pikir alasan apa yang penting aku tahu aku MALAS..heheh Nak kata tak ada story berlambak weiii banyak..tapi malas dah mai. 
bukan apa kan aku just nak share if one dah dah tua aku lah bt throwback masa2 muda2 aku..ache2..
yang pertama sekali aku nak kongsi  pada 01/05/2015 

Bercuti ke langkawi. dengan along famliy. Mula2 malas nak join tapi tak tahu macam mana aku leh kat sana bukan kat redang(redang last minit canceled xada last sgt ) percutian menyeronokan sebab last aku g langkawi macam tahun 2003 (semua family kecuali angah & suami jer)
banyak perubahan dekat sana.. 
aku duduk dekat pantai cenang dah terasa macam kat krabi.Suasana dah sebijik macam dekat krabi. 
in middle night dia awesome weii...  so aku suggest pergi lah cenang 
makan senang nak cari.. disebabkan memory  card nie dah terupdate semua data kat kepala aku dah kasi clear so aku kongsi pic n terangkan mana2 aku ingat lah yer... 

Day 1 Jumaat 
check in hotel-makan-shopping-pusing-makan-shoping 




baru sampai 

ready nak pergi habiskan duit




kalau korang nak shopping coklat,mangku ke apa ke pergi hari pertama korang sampai. tak payah mengada2 nak rehat2 kat bilik bila baru sampai yer.. (hal2 kereta n hotel aku xleh cerita sebab not my budget eheh) 
Sopping jangan sakan sangat walpun dalam malaysia banyak kepala rimau,sotong  dan laen2 berhati2 overbudget nanti.  jangan jadi aku dah sopping sakan dalam kereta baru otak ini ligat jadi calculator.. :( 
hari pertama tak bamyak aktivity sebab shopping makan balik bilik rehat tido malam makan jalan2 kat cenang balik bilik tido penat seba perjalan 9jam dri shah alam ke perlis pastu ke langkawi tu jer aku ingat .

Day 2 - Pusing-pusing pulau 
kami book boat RM250/trip dayang bunting-pulau helang-beras basah ( boleh book kat mana2 cari yang murah dia ada kiosk n promotion tersediri )akulupaapanamaagenttuakusuruhkorangcarisendiri




makcik yang gila 

otw pergi pulau dayang bunting 





dia sebuah tasik bayangkan tengah2 laut ada air tawar itu lah tasik dayang bunting (ciptan allah )
aktivity korang leh mandi (ada had ditetapkan) berkayak sampi jadi gelap.


 pulau dayang buting ini gunung tu view seorang wanita mengadung sedang baring (carikat google)





 tuan blog




tunggu boat nak p next location
bye2 pulau dayang bunting 
Pulau helang lupa nak amik gambar ehehehheehh 
tak turun pon ngok helang makan "makan ayam,dh tak makan ikan dh"
next Pulau beras basah 

aktivity boleh mandi2..aktivity laut lah..




abis semua balik darat..cari makan kat pekan kuah..jalan2 lagi..
niat dihati2 anak2 buah aku nak naik cable car (maksu/mama dah cuak gayat)
tapi tak ada rezeki lineup panjang gila. so next time lagi pon dulu pernah naik 2003 dulu so dah merasa skip..
malam penat tidooo

Day3 - tak ada pic sebab 
hari 3 tak ada gambar sebab dah siap sedia nak balik barang semua dah pack pukul 10 chow dari hotel pastu pergi perlis p sambung sopping dekat sempadan '' Padang Besar"

-end the-
lantak lah tergantung ke apa ke..hehehe