lawak jenaka minggu ini 29/11/2011
Tersebutlah kisah 3 orang sahabat naik iaitu BODOH , MASALAH dan SOPAN-SANTUN. Mereka selalu bersama apabila hendah kemana-mana. Pada suatu hari, MASALAH baru berkenalan dengan seorang gadis lalu mengikut gadis itu pergi entah kemana tanpa pengetahuan dua orang rakannya. Setelah dua hari berlalu, BODOH dan SOPAN-SANTUN menyedari akan kehilangan MASALAH lalu membuat laporan polis. SOPAN-SANTUN tidak mahu masuk dan menunggu diluar sahaja. Jadi, BODOH seorang sahajalah yang masuk membuat laporan.
(Semasa di dalam balai polis)
BODOH: Selamat pagi, tuan.
POLIS: Selamat pagi. Ada apa yang boleh saya tolong?
BODOH: Saya datang hendak membuat aduan, tuan.
POLIS: Oh...begitu. Siapa nama awak?
BODOH: BODOH, tuan.
POLIS: Apa???
BODOH: BODOH, tuan.
POLIS: Tolong ulang sekali lagi!! (Dengan nada marah)
BODOH: BODOH,tuan.
POLIS: Apa kena dengan awak ni hah?? Mana perginye sopan-santun awak?
BODOH: Ada di luar,tuan.
POLIS: Hish!! Budak nie..!! Adakah awak datang sini untuk cari masalah??
BODOH: Ya, tuan. Bagaimana tuan tahu?
POLIS: Arrrgh!!!!! (Bengang sambil menarik-narik rambutnye)
No comments:
Post a Comment