In Process
Cara-cara atau tips-tips melupakan seseorang yang pernah kita sayang
1. Hentikan/Buangkan segala aktiviti-aktiviti yang berkenaan dengan dia
bila baru-baru berpisah nih kita macam masih biasa dengan kehadiran dia dalam hidup kita ( every time). jadi segala apa-apa yang berkaitan dengan dia, kita boleh buang termasuklah :
a) gambar-gambar semasa anda bahagia bersama ( belum sempat ase nye)
b) segala message-message romanti bersama ( mcm xsgp nak buang agi)
c) no telefon pun delete jugak incase anda ngade-ngade nak contact balek (dah)
d) barang-barang yang dia bagi especially teddy bear, bebola crystal dan macam-macam lagi
kalau dia ada dalam friendlist facebook anda, anda delete je atau lebih kejam anda boleh BLOCK terus. (mcam tak dewasa plak nak buat mcm nie.. be professional) sebab hati ini akan terasa seakan-akan semakin hiba bila tengok gamba dia (ngiss) di news feed anda. kalau dia ada blog, jangan jadi follower dia lagi dah. kalau dia ade twitter, terus unfollow. aku tahu memang sukar tapi fikirlah untuk kebaikan anda dan cuba tanamkan, aku memang ingin melupakan dia demi ________ *alasan anda berpisah
2. Mengadu dengan Allah dan bukannya dunia maya
ini yang ramai orang silap ni. kalau berpisah pergi mengadu dekat facebook pastu keadaan jadi semakin keruh (tak bukak fb pon). berbalas-balas sana sini, semua keburukan diceritakan ( xsemua tahu ). kawan-kawan facebook syok-syok je makan popcorn tengok anda fight-fight di news feed. come on lah ? mengadu kepada benda yang mati buat apa ? sangat better mengadu kepada Allah yang tidak pernah mati. berceritalah kesedihan kita kepada Allah dalam doa kerana Allah Maha Mendengar. aku pernah cuba kaedah ini dan alhamdulillah selepas aku bercerita dalam doa, aku rasakan seakan-akan Allah mendengar masalah aku ini. hidup aku lebih tenang selepas itu.
Allah itu memang Maha Kuasa.
3. Sibukkan diri anda dengan pelbagai aktiviti
betul juga orang cakap, apabila kita sibuk memang kita takkan fikir sangat masalah kita kerana focus kita adalah untuk aktiviti yang kita lakukan itu. cuba tambahkanlah aktiviti kita seperti :
a) tambahkan solat-solat sunat dan membaca Al-Quran
b) belajar sesuatu yang baru seperti memasak atau menjahit
c) pergi turut serta dalam apa-apa program yang membina diri kita
d) tambahkan waktu belajar supaya boleh dapat 8A, 10A atau 4 felat.
e) berjogging pada waktu pagi dan petang
f) libatkan diri dalam program-program kesukarelawan
g) masuk Halaqah atau Usrah
(kadang2 teringat gak)
4. Jangan pernah cuba mencari dia kembali
ini selalunya akan dilakukan oleh kebanyakan perempuan. bila dah berpisah tangan itu masih gatal untuk mencari tahu pasal lelaki yang telah meninggalkannya itu ( nk tahu keshtn die jer). lepas sudah berpisah, terus jadi stalker terhebat. segala perkembangan lelaki itu dipantau. masih lagi tengok-tengok gamba dia. cari tahu lagi apa-apa cerita terkini tentang lelaki itu. cuba contact-contact dia dekat hp mahupun dunia maya kembali. tenung gamba dia lama-lama dan save gamba baru diupload oleh dia di facebooknya.
like seriously, bila kau nak mulakan hidup baru nih ? ( benda nie tak teringin pon nak buat)
5. Cuba fikir memang dia bukanlah untuk anda
cuba fikir apa keburukan dia yang paling anda tidak suka ( hmmm..ape die erk)? gunakanlah itu sebagai alat untuk anda menghilangkan dia dalam hidup anda. sebagai contoh dia pernah terkutuk dan terhina anda, jadi cuba tanamkan kata-kata berbunyi seperti ini :
"one day aku akan jumpa orang yang lebih baik daripada dia"(but when)
"akan aku buktikan aku boleh hidup tanpa kau"
"kau dah khianati aku, buat apa aku masih bersedih untuk kau" (as human begin lah)
"aku dilayan bagai sampah disisi kau, biarlah aku cari orang yang boleh layan aku bak mutiara".
cara ini insyallah dapat membuatkan anda cepat lupakan seseorang itu. sebenarnya aku tidak berapa galakkan cara ini kerana ianya menjurus kepada permusuhan tetapi memang tidak dapat disangkal lagi bahawa cara ini memang mempunyai peratusan keberhasilan yang tinggi. #fakta
6. Cuba alihkan perhatian anda apabila setiap kali teringat dia
( payah sikit lah)
kadang-kadang tipulah kalau baru-baru berpisah tidak terfikirkan dia kan. tapi cubalah alihkan perhatian anda bila teringat detik-detik anda bersama. apabila sedang terbayang-bayang tuh kan cepat-cepat fikirkan azam anda untuk mulakan hidup baru tanpanya. insyallah akan berhasil.
7. Terima hakikat bahawa anda dan dia sudah tiada jodoh bersama
( yes, i do)
cuba fikir semudah ini sahajalah,
"Bukan dia yang telah Allah tetapkan sebagai peneman dunia dan akhiratku"
kalau kita percaya kepada kuasa Allah, kita akan tahu bahawasanya Allah Maha Mengetahui tentang segala-galanya dan dia akan berikan apa yang terbaik buat kita. kita teruskan hidup dan insyallah
"hari ini hujan lebat tapi esok lusa mesti datangnya mentari yang akan menyinari".
8. Cari orang yang boleh memberikan anda sokongan dan dorongan
bukan semua kawan baik sebenarnya. jadi, anda carilah kawan yang anda rasa boleh kita bergantung harap kepada dia untuk dia berikan kata-kata semangat yang bagus buat kita. plus, janganlah pernah malu dan segan untuk menceritakan kepada ibu bapa kita kerana tiada orang yang lebih memahami kita selain daripada ibu dan bapa kita sendiri. jadi insyallah mereka akan berikan anda kekuatan dan sokongan yang anda perlukan. :)
kebanyakan masalah susah melupakan adalah berpunca daripada diri kita sendiri. kalau hati kita sendiri sudah tidak rela dia pergi dari hidup kita, sampai bila-bilalah kita akan sentiasa begitu. semuanya bergantung kepada sekuat mana azam kita untuk memulakan hidup baru tanpa si dia disisi lagi. aku tahu memang bukan mudah untuk melupakan orang yang pernah kita sayang tapi kalau kita tidak paksa diri kita sampai bila kita dapat melupakan dia ? terimalah kenyataan bahawa dia bukan yang terbaik buat kita dan Allah telah menulis takdir kita untuk berjumpa dengan orang yang seribu lebih baik daripada si dia pada masa hadapan. insyallah.
cubalah kita berfikir semudah ini pula. kehidupan kita ini terlalu singkat untuk kita bersedih sepanjang masa. dia pun sudah dapat memulakan hidup baru dan kita bila lagi ? dia sudah pun dapat menerima kenyataan terhadap perpisahan dan sudah mula kembali gembira dalam hidupnya. jadi, kenapakah kita harus berkelakuan sebaliknya ? fikir-fikirkanlah dan selamat beramal. hihi. jadi aku ambil peluang ini untuk memberikan nasihat kepada semua orang diluar sana ternasuklah aku. hargailah pasangan kita sebaik yang mungkin kerana antara punca perpisahan adalah kerana dia tidak layak buat kita atau kita sendiri yang memang tidak layak buat dia.
Credit From : - nak lupakan orang yang kita sayang
No comments:
Post a Comment