Sebenarnya masak ini seronok
Perkataan Masak ini dulu-dulu tak terlintas dek akal ku. sebab memang dulu aku x jenguk kedapor kalau waktu memasak. Dulu2 aku punya part siang ikan,potong bawang(segala2 potong memotong), blander santan,cili tu kerja aku. semua benda tu aku buat seminggu sekali kecuali blander santan. Pas emak masak jer part aku basuh periuk kuali dan sekutu dengan nya...lap2 sampu sampah pastu makan.
Tapi sekarang tahun ini lah(tahun sebelum ini tahu sikit2) dari mula sampai settel kemas2 aku punya contract. Mak jadi mandor dan tukang tengok. Mula2 cuak jugak masak makanan berbuka,kalau wastern tu pandai lah aku setakat campak2 pastu lempar kat oven boleh lah. Ini mengunakan tools memasak kuali periuk.
Berdebor3 wei,minggu pertama puasa aku masak kari disebabkan aku agak hebat masak kari mak datang untung ajar buat sayur jer. Kari sdn bhd. Bila hari pertama aku masak aku tengok semua orang makan bersungguh2,ada yang bertambah nasik.Mase tu jadi teruja gila sebab aku masak orang makan tambah nasik plak tu kan.. dan2 masa tu aku tiba2 terasa terbang dekat awan menikmat keindahan alam semula jadi bayangan jer tu.
Alhamdulilah pertama kali tak dengar komen negatif. semua teruja makan. Dan ahad semalam mak suh aku masak kesemua menu. mula2 cuak tapi jadi teruja plak "konon2 nak pikir masak itu ini" tapi mak dah pikirkan menu . makin belajar memasak makin banyak benda baru aku dapat. Cuma aku malas nak goreng2 ayam, telur or ikan yang peal bila masukan ayam minyak kat dalam kauli mula nak meletup sana sini... Tu tension.Masih fasa pegang hujung sudip masa mengoreng. demi keselamatan.
Semalam masa berbuka aku tanya lah anak buah aku sedap tak aku masak ayam merah peberat dia.
dia cakap sedap gila lah maksu masak... adik suka cuma masin sikit.
pastu abg ipar aku menyampuk "dah dekat lah tu"
tu aku tak tahu nak kategori kan sebagi apa. kalau bab masin tu mana leh agak kan..sebab bulan pose.
aku nak rasa2 kat lidah pastu buang memang idak ler xpandai pun ,takut aku tertelan jer nanti. Mulut aku ini bukan leh percaya kalau nak merasa kena lebih 3 kali baru afdoll.
sekarang tengah search menu apa yang nak masak sabtu ahad ini.. Kalau iftar ada..tak kira aku masak jugak..
No comments:
Post a Comment