2
perkara yg elok dilakukan sebelum berniat untuk solat...sewaktu kita berdiri
tegak sebelum lafaz niat :
1.
Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dalam diri kita. Kenangkan kembali
dosa-dosa kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah-olah tak layak untuk
diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan
menyesallah.
2.
Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa
utk beribadat kepada-Nya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sebagai
seorang Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba-hambanya yg hina ini
lebih daripada seorang ibu menyayangi anaknya.
Setelah
dilakukan kedua-dua perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir.
Berniatlah dalam keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul-betulkan kain
sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah
menunjukkan pula cara-cara solat yg betul, penuh adab dan sopan, sesuai dengan
keperibadian kita sebagai wanita dan selayak-layaknya adab untuk menghadap
Tuhan.
1)
Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :
i.
Dengan meletakkan kedua-dua ibu jari dibawah cuping telinga
ii.
Dengan meletakkan kedua-dua jari telunjuk dibawah cuping telinga
iii.
Mengangkat kedua-dua tangan sehingga ke paras dada ( bukan telinga )
Perlu
diingatkan, kedua-dua lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah,
syaitan-syaitan yg berupa kambing hitam gemar bergayut-gayut dicelah lengan (
bawah ketiak ) untuk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua-dua lengan
dirapatkan, tiada ruang utk mereka.
2)
Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tangan kiri ke atas sikit dari
pusat ( bukan menutup pusat ) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah-olah menyentuh
ulu hati. Tangan kanan diletakkan diatas tangan kiri agak-agak selesa. Pastikan
kedua-dua lengan adalah rapat mendekati badan.
3)
Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dengan penuh tertib
dan sopan. Kedua-dua tangan melurut peha dengan perlahan dan berhenti diatas
lutut. Pastikan badan kita didalam posisi sudut tepat ( 90 darjah ). Siku juga
dirapatkan ke badan dan sudut tepat.
4)
'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah"
dan mengangkat tangan posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal
hamdu"
5)
Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi".
Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua-dua lutut ke lantai, baru diikuti tapak
tangan dan seterusnya dahi. Kedua-dua tangan dirapatkan dibahagian bawah
sedikit dari ibu jari, dimana ada sedikit terbuka di antara kedua-dua tangan
dan disitulah dahi diletakkan. Jangan sujud terlalu jauh kehadapan kerana
dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak
tangan, kedua lutut dan kedua belah kaki ( setakat jari sahaja ). Ibu jari kaki
dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.
6)
Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :
i.
Papan punggung diletakkan diatas kedua-dua kaki
ii.
Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu
jari menghadap kiblat
7)
Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dalam keadaan
bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan untuk bangun, gunalah tangan
kanan untuk membantu kita bangun atau kedua-dua tangan.
8)
Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "....illallah..."
( "laa ilaa ha ILLALLAH") . Jari telunjuk itu jangan diturunkan
sehingga memberi salam.
9)
Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh
mungkin sehingga 180 darjah kebelakang kerana malaikat ramai disekeliling kita.
Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit
bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah. Semasa menoleh ke kanan,
alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.
10)
Berdoa sesudah solat - seelok-elok duduk ialah dengan melapikkan papan punggung
dengan kedua-dua kaki. Tangan diangkat separas dada dan berdoalah dalam keadaan
tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dengan tangan yg tinggi dan
mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang
menghadap yg Esa.
Seterusnya
sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para hadirin bahawa kain
yg digunakan untuk solat juga perlu menepati ciri-ciri yg tertentu. Antaranya :
1)
Tidak jarang. Rata-rata kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita
memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat
kita tidak sah. Seelok-eloknya carilah kain telekung yg tidak jarang ( antara
caranya ialah dengan menggunakan 2 lapis kain ).
Ataupun,
pakailah anak telekung atau tudung labuh didalam dan pastikan sewaktu di rumah,
apabila kita solat cuma dengan berbaju sleeveless didalam telekung, pastikan
bahu dan tangan tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.
2)
Kadang-kadang sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat,
sekadar membawa telekung sahaja. Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan
sahaja digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang
tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu
kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah
aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik-baiknya pakai stokin yg
tebal ( ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan ) ataupun
jika tiada, pakai 2 lapis.
3) Ada
kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Ada yg berlubang-lubang
sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut panjang, jika
tidak ditutup betul-betul dengan serkup / anak telekung, rambut-rambut ini akan
terkeluar dicelah-celah kerawang telekung. Oleh itu, berhati-hatilah.
Sama-samalah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.
Kredit dari blog orang lol