Wednesday, October 31, 2012

doa selepas solat




Maksudnya:


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. 

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. 

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. 

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. 

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.


disebabkan aku tak boleh nak ingat doa kat atas tu  sangat ( sebenarnya boleh jer tapi malas ) aku baca ringkas2 jer yang penting pas baca doa tenang jiwa nie... aku tak ada sehebat mana susun ayat untuk doa kadang aku ulang2 balik benda yang sama...(-_-)  tapi aku selalu tekankan dalam doa kau

1. moga ibu n ayah n seluruh keluarga aku diampunkan dosa .. dimurahkan rezeki dijauhi dari hasat dengki n bla..bla....
  
2. mesti doa untuk dosa aku plak .... hehehhe :p
3. murah rezki yang melimpah ruah ibrt orang tawaf di kabah tanpa berhenti n putus setiap hari masa waktu macam tu rezeki aku. ( wah wah)
4. (apa agi erk) pasti lah JODOH nak kawin cepat ... pfittttt (o_<)
5. aku pon dah x hinggat sebab aku suke ulang balik, itu yang aku bce doa lama.. kena pikir dulu doa nie dah baca belummm. al maklum lah ratu lupa (-_-)
6. yg nie aku sslu bce untuk doa yang terakhir 
 " sekiranya hari ini adalah hari t'akhir aku mati kan aku dalam keimanan mu, mati aku dalam kesempuranan jauh kan dari segala keaiban... sekiranya ada hari esok untuk aku, jadi kan hari esok lagi baik dari hari ini dan turunkan hidayah mu agar aku mampu mencari jalan pulang kearah mu " 
pastu aku sambung ikot sedap aku.. kadang2 aku ulang balik..penah sekali aku terdetik dalam hati "ehh bukanke aku dah baca doa nie tdi.. ape agi x baceerk"..bukan kadang2 tapi  selalu .. heheheh 

sama kita berdoa n sujud pada nya yer .. salam....


No comments:

Post a Comment