Friday, December 26, 2014

Banjir 2014

Hari ini aku nak bercerita tentang banjir yang melanda. Okey ini bukan karangan yang panjang berjela tentang banjir atau apa-apa pun. Aku tahu yang aku nak cerita sekarang adalah keadaan atau senang cerita pemikiran orang kita sekarang.. 
tolong dan serta berhenti mengutuk mangsa2 atau pun sesiapa. Ingat lah benda tu tak elok.. sehari kita mengutuk tentang orang berpuluh ribu orang mengutuk hal kita. 
contoh nya : 
ada satu kes kat kelantan ke atau terengganu yang bayi terjatuh kedalam banjir dari pelukan ibu semasa berpindah. ada aku dengar " kenapa ibu nya tak pegang kuat2 anak tu"  xtpon "penyelamat tu dah tau perempuan tu sarat dengan barang dengan dukung anak lagi tolong lah"  Hello.... jangan cakap macam tu walapun mangsa tak dengar tapi Allah dengar weiii... walapun kau cakap dalam botol pastu kau tutup ketat pastu botol tu kau tanam dalam bumi still Allah dengar.  Kau tak ada dalam situasi macam tu, jangan cakap bukan2 tau.. tak mau2.. ye allah aku ini emosi sikit... 
Tak pon ada satu kes "BARU" punya pasal PM kita p main golf ngan obama kata hawai ( bercuti). Biak p lah dia. Dia ada kat malaysia pon bukan leh buat apa pun..Bukan die leh sedut air banjir pastu muntah kan kat tempat lain pun. Kena think postive sikit walapun kita tau die macam mana bagi peluang pada dia. 
Mungkin die tengah bincang dengan obama pasal MH370. Kan ada keluar kenyatan tentang MH370 ditembak oleh tentera AS. Mungkin die tengah berbincang dengan Obama. Kau kena ingat wei semua benda kena prepare dari awal2. Mintak dijauh kan " kita dilanda musibah perang berlaku"  siapa korang akan salahkan tetap PM kan. sebab itu lah ini lah. Perang lagi dasyat kanak2 orang tua siapa nak selamat kan. nak lari p kaki gunung pon sama tetap kena. Berbalik cerita banjir. waktu sekarang kan Timbalan dia ada, dia amik alih lah kejap.. Hawai nak ke malaysia PM kejap jer xsampi 8jam. Dia naik JET peribadi... Zoom sampi Hawai..Zoom Sampai malaysia...Zoom sampi London... 
Kes sekarang hanya Allah sahaja mampu bantu... Tak ada sesiapa lagi.. Dia nak kita sujud banyak2.. biar kita sedara yang didunia sekejap jer..kalau Kiamat nanti sesiapa pun kita dah tak pandang dan tak ingat.. Hanya Allah jer Weiii... 
Kita sediakan bantuan berbagai, nak hantar kesana tapi air tetap nak naik Allah tetap naikan ( jangan cakap bukan2 tentang negara terkena banjir, Allah sedang uji depa) kita tetap tak leh buat apa2. 
Kita doakan sesama2 agar seluruh rakyat malaysia selamat..Air surut dengan cepat... Hujan( rezeki). 
Yang perjalanan balik cepat sampai ...
okey dah mengarut.. 

Wednesday, November 5, 2014

Takot

Agak dah lama tak update... Bukan disebab apa.. tak ada idea nak taip apa.. lagi sekarang kemelut otak aku.. adoiii.. 

sekarang ini perasaan takut selalu timbul kat dalam diri.. Bukan takut kat ulat gonggok , lipas dan rakan2 mereka yang lean serta ini pon bukan takut hantu ( memang takot pon) tapi takot kali pon aku tak tahu nak takot apa.. takut pada diri sendiri ke apa ke.. ( nak mati ke aku ini , takot alam mati kot) 

sebenarnya aku takut pada satu pekara kadang2 menyeramkan kau.. "kawin" 
"Apa!!! kau takut pada kawin, orang lean seronok kau takot 100%"
Hoii aku bukan takut yang cerita malam2 (atau lebih senang cerita dalam bilik)  tapi aku takut sangat 
boleh ke ?? 
Boleh ke aku bangun pagi2 pastu sediakan sarapan pagi??? 
Boleh ke aku balik kerja terus belari kejar periuk terus masak tok suami???
Boleh ke lepas masak2 pastu kemas rumah , sental jamban bilik mandi , lipat kawin dan segala2 aktivity rumah??
Boleh ke aku jage laki aku dengan baik?? 
kalau dah ada anak boleh ke aku jage anak aku??? 
kalau budak tu ngis aku nak past kan kat siape?? (mcm sllu bt)
boleh ke?? Boleh ke??? 

benda ini aku paling terketak2 takut tau.. Tangunggjawab besak naa... 
life aku sekarang syok... leh enjoin 24hours... xpyh pening2 kepala pikir pasal diri orang lean... pikir diri sendiri apa yang dah buat dan apa yang nak buat... 
Nak cari live sendiri... kuar jln2 ngok wayang , jln2, buat pekara paling jahat..dan serta enjoi semua yang best2. pening oo... risau aku.. 

pada bakal2 calon kalau terbaca bukan xmo kawin nak kawin weiiii tapi insya allah boleh kot sy bt least kt atas and be the more that bass ( eh tu lagu ) *list... 

insya allah...
 

Friday, September 19, 2014

My Mission 2014 on the way to achieve

tajuk nak orang putih jer:) 
sempat aku nak taip... walapun ada beberapa minit lagi aku nak balik.
oky sekarang ini dah masuk pertengahan bulan 9.. so ada lagi 3 bulan setengah lagi nak masuk tahun 2015. 
so (berapa banyak so dahh) korang punya azam 2014 amacam ha??? 
kali ini azam 2014 aku timing nya lari sangat ... semalam aku p review balik azam 2014 rope nya aku nya azam untuk turunkan berat badan yang patut aku capai adalah bulan 35-45 Kg... 
sekarang dah bulan 9 sempat aishhh.... tapi tak pe.. aku tahu setiap apa yang aku nak buat adalah misi idup aku... (ayat dah putar belit dah), walapun lari timing insya allah akan aku cuba dapatkan berat aku 45kg.. Semalam aku p timbang so aku nak cicah 45Kg aku wajib kurangan kan 6kg lagi... Insya allah usha tangga kejayaan. 
Kalau ada pembaca yang dah baca azam 2014 aku yang aku tanam akhir tahun lepas ( sebenarnya misi) lah leh tahu apa yang aku ingin kan dalam jangke masa 5 tahun akan datang :) 

Misi pertama : aku kena start balik tahun depan sebab dah banyak terguna dek bayar yuran 
Misi kedua : aku tak ingat xsilap pasal aku kena ada rumah sebelum 27 tahun ... ( ikut tarikh lari naa...) 
Misi ketiga : mungkin bab kurus kot.. yang konon2 aku nak capai berat badan aku 35-45kg ( gile doh) 

nak nasihat sikit lah kan... tak kira lah kau nak buat apa sahaja perlukan usha dan nekad  yang kuat...
ke tepikan apa orang cakap,caci, kutuk, comment apa2 yang menyakitkan hati or apa sahaja .. kau jadiakn tu sebagai cabar kau... yang berjaya kau bukan nya orang tu.. ( tapi kalau cacian tu boleh jadikan nasihat tu amik lah jangan pulak kau ignore... means kau kena pandai amik message yang orang sampai kan ) . dan satu lagi usha dan nekad tu biar lah jalan yang betul... 

Contoh :-
kau nak kaya cepat pastu kau nekad dan usha iaitu 'rompak bank" situ memang nampak usha kau tapi usha tu mendorong kau dalam kesusahan .. 

pastu kalau korang dikalangan berisi macam aku, pastu orang cakap gemuk nya kau ini 
"jangan pulak kau pi ngis kuat2 or tarik muka.. kau mengaku jer kau gemuk pastu apa lagi dah tau kau kena kutuk pastu kau  buktikan pada dunia yang kau boleh kurus" (amboi dunia mak nyah ) 

sama jugak dengan kau kerja ke apa ke.. orang cakap kau ini kerja siang malam atau lean2 (kira mengutukan kan kau ) kau ia kan jer dan kemudian kau bukti kan pada orang yang dia orang cakap tu 100% salah... hahahah pandai tak mak jemah bagi nasihat.. 

kalau bab jodoh pandai2 sendiri lah.. ahahahsahahah 



Thursday, September 18, 2014

Aku seorang yang Sombong ??

Tibe2 aku teringat dan nak sangat taip short entry tentang "sombong" 
Pernah orang cakap belakang (yang aku dengar ) dan ada yang cakap depan2 yang aku ini sombong...
Aku pon tak tahu sombong tahap mana yer.. yang aku tahu , jenis aku non stop bercakap..lagi2 orang kenal rapat ke tak rapat ke.. mulut aku sentiase nak cakap lantok ler orang nak cakap aku ini mulut murai... 
tapi jugak golongan yang menyatakan "kalau orang tu tak kenal kau memang orang tu  tak tahu kau ini riuah orang nya, tengok macam sombong" 
choii.. mana ada sombong.. kalau aku tak kenal orang tak kan aku tiba2 nak cakap "awak sihat" ," awak dah makan" macam sawan nyamuk adis pulak kan. Setakat senyum yang manis ini :) ada lah aku lemparkan pada yang aku kenal muka mungkin tak tahu nama atau pon orang yang pandang aku dia senyum aku senyum... kang tiba2 aku tersenyum pulak tu ada bini pengsan aku nanti... 

HA!! 
aku tahu kenapa salah satu sebab 
aku ini rabun jauh , kalau korang jauh dari aku mana aku nampak muka yang aku nampak tubuh manusia.. mata idung mulut semua kabur.. so bile kes macam tu tak akan aku senyum atau pon tegur kang kalau aku guna khidmat mata yang rabun ini tak pasal2 aku tegur orang yang tak kenal.. Malu nanti... 
kalau korang terpacak depan aku baru aku nampak clean and clear .. 
so lepas ini pada sesiap yang nampak (kira kenal aku dan aku kenal korang ) pastu aku buat sardin jer tak tegur korang means kau tak nampak korang... aku ini hantu lupa... kadang2 jer ak ingat nak sumbat leans dalam mata... 


ehheheh oky... 

Monday, August 25, 2014

Geng Jengka raya

 Makaii.. lama bebenor aku tak hapdate blog... nasib baik password ingat... 
sorry lah ye... ada sebab2 aku tak hupdate... 
1. Gambor tak dok ( malas nak keluarkan handset sebenarnya.. lagi satu kalau aku amik pic mesti terselit gambor aku pastu hasil gambor tu mesti ada sesorang yang bersaiz godzila dalam pic tu..aku lah tu) 
2. Tak ada mood nak hupdate ( Malas sebenarnya) 
so harini rajin sikit biler ada pic nak dikongsikan 
Pada 23/08/2014 bersamaan 27 Syawal umah dayah ada buat open house. 
Al kisah nya semua nak berjumpe sebab dah lama tak jumpe... walapun bilangan kami tak seramai mana pon...walapun tak ramai 5 orang rumah dayah dah macam 24 orang jer... havoc nya... 
rindu lah suasana dulu... ngah cube kumpulkan kawan2 kelas ini 
mood malas dah sampi... sat agi aku sambong taip
layan pic 
Rome-mate Part 2



 ex-Rome-mate (dah risik,single,dah kawin anak 1)



Hud Main mate Pulek dia 


sampi rumah dayah tuju meja dulu... lapau 

    fokus betul semua dengar mak nazirah bercakap.... 




 Geng Kelas UiTM_batch2007_Budak kelas B
(dari kiri depan duduk bawah : Fatin ,Enna )
(dari kiri depan duduk atas kerusi: Tuan blog,Naz, daya, Hud)


 Masih lagi sopan dan ayu... 
Okey dah mula dah..


Ngorat hud untuk untie lah yer...






usha cari kan jodoh hud... Boleh kan ummi Enna





 Boleh dikategori Photo Keluarga


Hopefully lepas ini leh kumpul kan semua budak2 kelas perempuan bukan ramai mana pun 8orang jer... 
kalau korang baca terjumpe blog ini kan.. aku harap nanti kita ramai2 berkumpul 
nak lagi kenangan2.. gelak tawa yang mengegarkan setiap block komplek siswi yang pernah kami huni...
segala cerita seram, suka duka,gaduh,ngis, gembira, berhijrah bilik ke bilik tu study, mandrin night, 
semua tak dapat nak luputkan dalam ingatan.. semua masih untuh dalam ingatan walapun banyak virus dah mula menular untuk memakan kenangan manis dan keseronokan yang tak dapat diulangi lagi... 
#LOVEUITMJENGKGIRL
#HIDAYAH<U>#IDAYU<I>#FATIN<T>#AINNA<M>#NAZIRAH<J>#MARDIAH<E> #MARHAMAH<N>#NURUL<G>#NORITA<K>#AKU<A>

Tuesday, July 22, 2014

Gaza dibedil & MH17 ditembak & MH370 tak jumpa lagi

Kisah 1
Walapun bukan ahli keluarga terbabit ( secara mata kasar) hati aku tetap sedih dan tak mampu nak dengar lagi berita, apa tah lagi ahli keluarga yang kena hadapi. Aku sekarang macam tak sanggup nak bukak facebook sebab dekat facebook aku ada like page Aman Palestin Official 
setiap hari ( setiap saat ) die orang update perkembangan tentang gaza kadang2 new tu ada yang 2 3 tentenra israel mati tapi berpuluh2 kanak2 mati terkena bedilan oleh tentera israel yang kejam. Ya allah memang tak ada kekuatan aku nak tengok sekarang, aku hanya mampu berdoa pada allah supaya mereka semua diberi keadilan.. Agama islam adalah agama allah.. tidak mungkin allah nak biarkan umat nya terseksa. 

Pada reader2 (walapun hati ini terasa tak ada sesiap yang baca tapi aku tau dalam berjuta2 manusia mungkin 5 atau 10 ada yang baca :) ) mari lah kita berdoa pada allah supaya allah turun kan bantuan kepada gaza sekiranya mereka dipihak yang benar dan beri lah pertunjuk kepada israel sekiranya mereka dipihak yang salah agar mereka berhenti untuk melakukan banyak pembunuhan lagi... 

#Prayfor Aman Palestin 

Kisah 2

Cerita MH370 atau bangkai mahupun update tentang MH370 masih dalam keadaan kabur, masih lagi gagal mendapat jawapan kemana hilangnya MH370 malaysia digemparkan lagi dengan berita yang sangat pahit mahu ditelan MH17 terhempas di Ukraine. Allah besar nya dugaan rakyat malaysia nak hadapi. 
walapun bukan ahli keluarga tapi kita sama2 dapat merasa apa perasan mereka semua apabila orang yang kita sayang pergi buat selama2nya menjelang raya kan tiba . Pasti perasaan kita hiba. Bukan kemalangan kecil2 walahal kapal terbang dibedil dan kemudian meletup diudara kemudian terhempas. 
paling aku sayu dang sedih sangat untuk  6 sekeluarga yang berhajat nak berhijarh kemalaysia setelah merantau dinegara orang selama 3 tahun. nak aku detail kan aku dah tak sanggup. Hanya al fatihah aku sedekahkan untuk mereka yang beragama islam. 
aku doakan semua ahli keluarga MH17 dan MH370 tabah dan diberi kesabaran dan kekuatan untuk hadapi dugaan paling besar ini. 


#pray for MH370 #PrayforMH17 al-fatihah... 

Monday, June 23, 2014

Mood Final exam kunjung jua

ayat nak berganda jer.. aku pon tak tahu... makin dekat tarikh exam makin kuat darah gemuruh aku datang... hidup tak tentu hal... rase nya makan aku xmampu ( menipu lah sangat) otak aku sekarang nak jer kawin.. bahaa.. bahana exam punya pasal sampi pikir nak kawin... nanti kalau dah nak kawin aku cakap nak exam jer... 
disebabkan mood seram sejuk dengan exam aku memuncahkan2 tinggi hari ini kerja aku semua serbi tak kena...sebab 

1. Lepas minum air aku lupa nak tutup botol pastu aku t'letak botol atas riba ... boleh bayang kan air tu tumpah ... nasib baik muncung botol tu kan hujung lutut... 

2. Aku blur vs sangat2 blur vs pekak... orang cakap lean aku dengar lean 

3. makanan orang makan terasa pedas gila .. aku selamba jer hirup tomyam macam minum sirap limau ... 

bila buat kerja dah penat, aku p lah ajar junior officemate ( kza cuti bersalin so anak buah die ganti sementara)  mood ajar ada.. agak sopan santu a.k.a membuli pon ada... 

bagi budak ini cuak... pastu jadi blur macam aku hari ini...
dah lah budak tu kerja nya berlambak2 ... aku p kacau tanya benda mengarut2 (pasal kerja jer) 
wal hal kerja aku sendiri pon banyak ada hati kacau orang , buku labor eco bawak masa pergi kerja .. tapi tak sempat jugak aku mengadap nya... aishhh pening2 ... 

Biler lah aku nak abis berlajar ini .. weiii serius aku betul2 penat dan letih.. cume aku suka tengok orang belajar... kalau boleh aku nak belajar tak mau assignment tak mau test ... nak final exam jer... sebab final exam lah sebenarnya favorite part aku ketika belajar.. suka assignmnet dan test tu hanya propa jer... 
tapi sebenar nya aku suka sangat final exam... Puas ... rase ringgan jer kepala hotak nie ( bile dh jawab exam) ...

bayangkan korang study 2-3 pagi xtdo sampai seminggu atau 2-3 minggu , pastu  sana sini hangkot buku , buat study group, buat soalan past sem... biler time exam paling syok berdebar2 nak bukak soalan ... 
bile dah habis jawab lega memang tidak ada tandingan nya walapun markah kita tu A+ ... tak xpon Z+. 

Okey dah merepek.. ky bye 
  
 

Monday, June 16, 2014

KL International Hijab Festa

sabtu lepas aku serta ahli2 wanita bertudung cuci mata ( cuci mata ke cuci duit) dekat PWTC to support program KL International Hijab Festa 
nak dikatakan aku rebat tudung tak ada lah sangat sebab kat sana banyak tak berkenan walapun ada yang limited edition. aku tak ada lah cari limited2 ini..walapun aku ini  jenis versi kurang gemar pakai selendang sama corak dengan orang lean... ( sama corak sama warna pulak tu ) kalau aku ada pakwe atau pon suami  macam tak jer nak sama2 color ini... (tapi tersama apa leh buat) memang sweet tapi haku... ( hakikat teringin nak pakai sama2 tapi aku geli... nanti kawin baru aku belajor yer)tapi kalau nak pakai semasa perempuan ini malu pulak aku rase.... hahah.. korang bayang kan lah tudung corak daun paku pakis(kott ) yang sekarang ramai giler orang  pakai  termasuk aku sendiri ( tapi aku pakai time opis jer sebab budak opis jarang ada selendang yang macam tu) luar akan dielakan pakai selendang tu..sambung cerita asal balik 
aku cari yang murah2 jer... semua harga RM 45 keatas... aku malas nak pegang ada yang murah mata aku tak berkenan pulak..
Nasib baik lah si leuniey natasha ada jual wide shawl warna pestal... disitu jer aku shopping sakan... 
sorang rembat dalam 6 helai tudung .. Murah ke? biase jer.. tapi disebabkan aku sedang berpikir nak menapak dekat jalan tar tu semata2 nak cari tudung macam tak jer... macam malas jer.. so baik aku sopping sekarang.. memang aku ada cakap gaji kali ini aku habiskan untuk sopping raya jer.. gaji bulan depan buat simpan tok benda2 lean ( melancong ke, beli iphone ke... tengok lah macam mana last2 aku sumbat semua kat TH jer tu.. tengok lah nanti) 
 tapi kalau nak pergi beli tudung time vendor .. sebab kata anak buah si Akila dia cakap situ lagi banyak murah dan santik2 .... sesuai umur remaja tua macam aku ini... ahhahah 
itu jer nak upload gambar macam malas... ada kat IG dan whatsapp berlambak2.. nak upload malas.. so korang baca jer lah yer... 

key bye ... 

Bayar Yuran Pengajiaan guna KWSP!!

Aku rajin sikit kongsi apa yang aku dah lalui... 
kalau pada sesiapa nak bayar yuran untuk pengajiaan untuk diri sendiri atau pun anak sendiri..pastu tak cukup budget nak bayar sebab dah terlebih sopping... senang jer... 
korang boleh bayar guna KWSP dia akan tolak dari akaun ke2 kita. Kan akaun ke 2 boleh buat pengeluaran seperti :- 
 1. Pengeluaran Membeli/Membina Rumah 
2. Pengeluaran Membayar Baki pinjaman Rumah 
3.Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Rumah
4. Pengeluaran Kematian 
5. Pengeluaran Pendidikan 
6. Pengeluaran Meningalkan Negara 
7. Cari dan baca sendiri aku bukan orang kwsp..eheheheh
Langkah 1

pergi cari borang dekat lawan web KWSP ishh aku tau korang semua anje.. ini ha kwsp
pastu klik kat ahli/member
pastu sebelah kiri ada list macam ini klik "pengeluaran"
pastu cari " Borang-borang berkaitan pengeluaran" klik 
pastu cari kat situ " KWSP 9H (Ahli) - Pengeluaran Pendidikan'' klik dan download
pastu print (print sekali senarai semak dokumen) dan isi (PEN HITAM SAHAJA)
Langkah 2
Lengkap kan borang tu semua... pasti kan semua borang lengkap dan dokumen kena ada.
dan kemudian hantar pada KWSP 

selesai .... 

tapi kalau pelajar EPJJ/PLK UiTM sesiapa bayar mengunakkan KWSP pastikan korang sentiase update dan tanye dekat uitm ( check dekat Online Bendahari) sama ada yuran dah settle ke belum... kalau still belum settle sila bertindak segera.. sebab proses UiTM nak keluarkan invoice untuk bagi ke KWSP mengambil masa sedikit.. Bukan nak kutuk UiTM tapi nak inform jer.. Yelah UiTM bukan nak kena jaga seorang pelajar b'ribu2 pelajar UiTM kena jage. so kalau belum settle dan tarikh Gugur taraf dah dekat sila telephone KWSP serta UiTM. kalau korang tak buat nanti xboleh masuk ejam yer... 

Pada yang full time (anak) tak silap aku korang boleh claim balik jer.. sebab KWSP akan mintak resit pembayaran .. so masa bayar yuran sila simpan resit pembayaran atau fotostat sebab nak tunjuk bahan bukti yang kita dah bayar.... 

Note akhir 
Pada sesiap yang memerluakan borang pengesah belajar dari Uitm sila klik :- 
1. bendahari.uitm
2.  cari tajuk bill pelajar tak pon direct klik sini bil pelajar, masukan kad matrix
3.sebelah kiri bawah ada tulisan "e-kwsp" pastu klik pastu klik  "ok" pastu klik  "jana" pastu klik cetak pastu tunggu kertas keluar dari tempat printer yer... heheheh 

Okey selamat mencuba....

Macam mana nak Mohon/Apply PTPTN

Hokey disini, disebabkan yang nak mohon PTPTN confirm 18 tahun (aku budget ) so semua ini adik2 lah yer .. disini hakak nak tolong sikit nak bagi ilmu apa yang hakak ada... 
yelah al maklum lah sekarang dok sibuk serta menyibuk dan menyelit nengok anak buah aku apply macam sebelum masuk  University .. sedang ingat ilmu ini baik aku kongsi mana tau satu hari aku dah kawin ada anak... anak nak masuk university.. aku lupa cara nak apply boleh jer aku rujuk blog aku sendiri.. (hokey dah kelaut) skip semua benda melalut kita terus step2 nya.. hadik2 sayang.. 
Langkah 1
Korang pergi beli No pin PTPTN dulu dekat bank serta  kena ada akaun SSPN (Skim Simpanan Pendidikan Nasional, cara2 pergi bank tanya!!) , kalau tak ada pergi bukak!!... 
 Eh kak nak beli kat mana erk ?? " siapa tanya aku cepuk 
Korang boleh dapat dekat 
 BSN ( bank paling selamat pergi untuk urusan U nie ) 
Langkah 2
korang pergi sini "http://www.ptptn.gov.my/" ( pasti kan guna internet Explore sahaja)
pastu klik "PTPTN Online"
Langkah 3  
pasti kan sebelum isi baca semua..kalau die suh klik..korang klik pastu baca.. jangan klik pastu tak baca
isi dengan jujur dan adil ... 
isi kat pendaftaran kali pertama.... ikut semua arahan... (malas pulak rase nak detailkan)
print apa yang disuruh
Langkah 4

tunggu dua minggu atau seminggu korang check sama ada berjaya atau tak... nak check kat mana? check kat kedai basikal... hehehe Check kat Laman web nya .. ingat tak masa masuk PTPTN online die ada tulis semak korang klik situ.... 
Ikut arahan dia 

Selepas berjaya 
Peringatan!!!
Masa isi borang guna Pen Mata Bulat HITAM/BIRU

Langkah 1
Beli setem hasil 2 keping dekat pejabat pos, pastu matikan setem pada tarikah yang sama untuk dua2 setem tersebut.. ini bukan setem Rm0.20yer .. ini setem lain..Setem hasil nama nya RM 10 setiap 
Langkah 2 
 Susun semua borang seperti bibawah 
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
  
Peringatan!!
Semua borang di potostat korang kena ada pengesah dari pegawai A, ketua kampung,dukun (hehehe) nak hakak punya pun boleh tapi nanti hakak stamp kan PAID tak pon RECEIVE hehehehe... semua dokumen mesti cantik dan bersih

Langkah 3
bawak borang tu masa g university nanti wakil PTPTN akan kutip selalu nya.. tak pon nak bagi direct dekat pejabat die pun boleh ... 
 
Good Luck semua... Dah Pinjam Jangan Lupa Bayar..

Monday, June 9, 2014

Mak cakap , mana nak cari langsir !!!

 Okey malas nak komen pasal tak bukak blog.... aku skip kan senang... tak payah membel sangat 
Sabtu lepas buat persiapan raya tuk kali ke dua ( rumah ) .. yang pertama dah settle ( baju raya mak n ayah) 
nak dijadikan cerita 3 hari sebelum nak cari langsir aku bukak blog ( macam biase baca  semua blog ) aku ternampak kat list blog yang ini 
Apa lagi laju tangan aku klik blog  Kak Moon nak baca seterus nya ... wah exclusive discount pada reader... ( terharu sangat, hasil bacaan tak sia-sia) heheheh 
nak dijadikan cerita lagi lah kan .. malam jumaat mak dah mula nak merajuk sebab dah dua kali sabtu aku reject/cancelled program cari langsir raya , sebelum mak aku jadi pelakon cerita batu meru batu bertangkup ... meh lah aku realisasikan sabtu die,ada peluang aku jumpa kak moon. 
cakap kat mak :- 
Aku : Mak esok kita p globe 
Mak : boleh jer.. mak dah lama tak pergi  chow kit.. dulu2 muda2 asal nak raya mak shopping kat chow kit 
Aku : so mak tahu lah jalan nak p Globe tu 
Mak : tahu... sima x tahu ke 
Aku : takkk ( walhal tahu.. saje nak test die jer )
Mak : okey esok mak tunjuk jalan 
ishh dalam hati belagak sungguh opah nie, esok sampi KL baru die tahu macam mana .. korang nak tahu die siap cakap nak parking kat belakang globe tu jer..  okey fine.. kita tengok esok!!
 
sampai area KL, aku ikut jalan titiwangsa sebab jalan tu dah dekat chow kit.. aku tanya mak 
Aku : okey dah masuk KL dah nie macam mana nak p Globe tu 
Mak : mana hospital KL, sebab hospital kl depan die jalan nak pergi chow kit, terus jer depan sikit ada simpang kanan masuk kanan ... 
aku jalan jer tengok kan.. die siap intai mana hospital aku diam kan jer nak usik die ... 
Mak : masuk kanan ini (jalan chow kit ) pastu ada simpang belok kiri kita lalu belakang masjid jamek 
Aku : mak ini one way, mana boleh masuk sini... 
Mak : boleh dulu ayah mak masuk sini.. tengok jalan ni nie jem ..kalau ikot jalan tadi dah xmacam nie ..potpet..potpet..
aku layan jer jalan jem teruk tu.. ikot situ kejap jer sampi jalan tar tu walapun jem teruk... bile dah dekat sampi dengan sogo 
Mak : eh dekat nya ikut sini.. tak payah  belok2 terus jer .. pandai anak mak jalan KL ni 
Aku : tengok orang lah mak....
sampi globe tingakat 7 ..cepat2 cari kak Moon dah perkenalkan diri .. aku ikut lah mak aku pusing cari ,dah satu jam dari aku berkasut jadi tak berkasut (kaki ayam, sebab kaki aku dah mula melecet sebab pakai kasut ballerinassssss) 
Mak aku rambang mata ... mak cakap cantik2... murah2 ( sebab seblum masuk globe dah tawaf satu chow kit dulu.. survey betul2 cantik dan murah, tapi kak moon tak ada tandingan ) semua die nak pegang 
dah habis tawaf 7 kali pusingan, mak aku dah berkenan yang satu dan dah siap package  gaduh2 ngan aku ( sebelum datang lupa nak kira berapa meter kena beli) kira berapa meter yang nak ..pastu potong.. pastu dapat bill ..muke ada senyum ,murah jer tak macam dua tahun lepas dekat RM3++ kena... tak sampai RM200 pun untuk 33 meter ( jimat tahun ini).. hati ada senyum kena mintak hadiah kak moon dulu 
 bulat nya aku.. seram tengok diri sendiri..
 
sebelum balik amik pic dulu borak2 kejap...pastu menapak p dekat maju junction (sebab aku park situ, korang bayang kan bertapa sakit nya kaki dengan angkot langsir.. ada hati orang tu ajak g kl naik train) 
dapat kereta terus pergi jalan Taiping klang... sebab nak cari bunga untuk raya... nasib baik bunga yang cantik tak sampi lagi... bunga buruk2 jer ada... 
Mak : Kita  beli 2 minggu lagi lah... mak tengok bunga tak lawa... boleh kan 
Aku : boleh jer (die tidak akan  puas hati selagi imagenasi dan combination warna langsir ,bunga dan carpet x match  ) 
ini lah mak saya....
cer tegok kasut siapa die bedal.. gambar gegar... kasut aku die sebat...
okey lah sekian ini.. macam dah blur... apa2 hal korang nak pergi cari langsir .. 
cari lah kat Sarah Hugnes Globle..Tingkat 7.. omel2 langsir nya...
selamat bershopping raya semua.... 

Tuesday, May 20, 2014

Ada petua pistt..

Firman Allah SWT, bermaksud “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7)


Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Monday, April 14, 2014

Budak dulu dan sekarang

Hari ini aku nak share lah ngan korang pasal kerenah anak buah aku. aku kan banyak anak buah so hari ini yang terpilih ada lah anak buah aku no.hmmmm "AFIQAH" anak kak de aku ( anak sulung dia) 
bukan apa... perspective aku terhadap die orang betul2 meleset. Yelah aku tengok perkembangan budak2 sekarang so aku direct asume die orang pun sama macam tu. 

hahah.. jahat kan aku, maksu yang suke pikir buruk kat anak buah aku jer.. hahah ( xpe nak buah sendiri). Tapi alhamdulilah depan mata aku masih okey lagi, xtau lah disebalik nya. Cume bahasa die orang guna kalau kasar tu biase kot. Kalau menguris hati orang aku direct jer cakap " kalau nak cakap gunakan  otak dan hati dulu sebelum cakap" so die orang kena paham2  yang selalu kena Afiqah lah .. sebab mulut die agak tajam disitu ( maaf kan maksu yer..heheh) tapi kalau cakap dengan kawan sumpah lembut giler. 
tapi aku bangga dengan pika sekarang ini, makin besar makin matang dan dah berubah sikit.

 Bukan masa aku aktive  jadi supir die amik die dari sekolah, aku terdengar perbualan die orang ke arah islamic sikit. Buat maksu awak ini terasa malu dan segan sikit . heheh Pika akan berbual dengan kawan die aina (waktu balik tumpang pika, pergi sekolah pika tumpang dia) (ayat maksu jadi sekma) 

die orang selalu berborak tentang para2 nabi dan rasul . kadang2 aku lupa cerita kisah tu bile die orang cerita balik aku teringat kembali.  kalau die orang tak borak2 kisah nabi , dosa dan pahala, bila pintu taubat tertutup lah.. cerita tentang dalam syurga .. ( die orang akan borak dalam kereta sehingga sampi rumah aina) 
ada satu tahap tu aku terasa sangat malu dan sedih bila kawan pika tanya dekat pika 

Aina : Nanti saya masuk syurga tak?? 

wah korang nya topic gerun aku dengar weii...

tapi kalau pika jumpa Adibah (anak along ) mesti die orang cerita tentang sekolah terutama subject bahasa arab, xpon ustazah atau ustaz die orang . ( die orang nak jumpa antar satu sama lean memang payah semua aktive kat sekolah) 

kalau jumpa nabila.. macam tak borak sangat sebab setiap kali nabila datang mesti bawak labibah so semua tertumpu kat labibah. Pika dok bila die study xpon hafal ayat, macam tak bercakap jer semenjak besar ini. 

okey2 cerita pika setakat itu sahaja.. kalau dia baca mesti kembang .. walah teman gaduh aku tu... 
xpe ape2 pun gaduh ngan die aku akan pastikan aku akan menang ... :) 
bahhaaaa....


Tuesday, April 8, 2014

Kecelaruan


dah lama betul aku xtengok blog semenjak ada phone changgih nie semua aku tinggalkan,ibarat kacang lupakan kulit sekarang.Bukak fb sekadar nak check siape kawin, pic kawin orang "yang ada terselit pic aku" tu aku tengok.. pastu tutup.. tak pon tengok video2 lawak... dah bosan.. niat nak tutup sebab nak direct pakai IG jer... tapi disebabkan 100% member FB aku yang ada IG 50% jer macam susah... nak tengok pic.. 
kalo pas amik pic beramai2 ..whatsapp tak pon wechat jer.. ahha sungguh teknologi ... 
phone aku dah nak hag... banyok benor gambor.... okey2 balik cerita asal.. 

Kecelaruaan bermula.. pabila ... kan aku "tak mo bercinta" so strategic aku layan semua kekawan.. kalau rasa sesuai ajak bincang terus kawin.. "gelojoh sungguh" bukan apa umur aku pun dah mula nak masuk 2@ dah so... kena lah aku menjadi gelojoh serius mencari pasangan...bahaaaaaa... pilihan atau pun calon dah ada... tapi xshort list kan... hahah Budget jer walhal nanado..cuma dan pabila (ayat..) emak mula membunga suka kat someone tu..(habis terbang semua anak2 kawan die yang die dah short list kan aritu...  mak aku memang risau anak die kawin lambat..walhal akk-akk aku semua kawin umur 27 taun... ) dan some one eh x some two cuba aku dekat kan dengan diri aku dan family tu, macam tak dapat approval jer :( 

Yelah dah try shortlist kan pilihan suh mak dan ayah pilihkan tapi die(mak aku..ayah aku on jer) still nak pilih yang dia kat someone tu... bukan aku xkenal budak tu ..kenal sangat .. mak aku kenal budak tu sebab budak tu kawan aku jugak.. tapi dah penat r.. dalam masa 5 bulan jadi perigi yang kerja timba, sekali tanah dah jumpe timba yang die suke... Imagenasi thinggii benor...

Mak pulak cakap " kadang2 kita tak nampak yang die ada depan mata"  
kalau aku choose budak tu confirm dapat cop mohor ... tapi masalah nya kan... betul ke budak tu suke aku.. nak amik aku jadi orang rumah die ( O_o) bahhaaaa... 

hmm.. okey aku tak de mood naik taip macam dah... saje jer test jari nak taip tanpa tengok .. menjadi idakk .. baiii 

Friday, February 21, 2014

Perfume Branded Ori dan Murah2_Part_2


apa tunggu lagi kekawan... Moh lah kita.... dan jomm... 
RM120 Sahaja 

Pelikan.... 
apa yang nak dipelikan.... 
Ini benar .... 




List2 perfume yang ada... selagi stok masih ada...