Monday, June 16, 2014

Bayar Yuran Pengajiaan guna KWSP!!

Aku rajin sikit kongsi apa yang aku dah lalui... 
kalau pada sesiapa nak bayar yuran untuk pengajiaan untuk diri sendiri atau pun anak sendiri..pastu tak cukup budget nak bayar sebab dah terlebih sopping... senang jer... 
korang boleh bayar guna KWSP dia akan tolak dari akaun ke2 kita. Kan akaun ke 2 boleh buat pengeluaran seperti :- 
 1. Pengeluaran Membeli/Membina Rumah 
2. Pengeluaran Membayar Baki pinjaman Rumah 
3.Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Rumah
4. Pengeluaran Kematian 
5. Pengeluaran Pendidikan 
6. Pengeluaran Meningalkan Negara 
7. Cari dan baca sendiri aku bukan orang kwsp..eheheheh
Langkah 1

pergi cari borang dekat lawan web KWSP ishh aku tau korang semua anje.. ini ha kwsp
pastu klik kat ahli/member
pastu sebelah kiri ada list macam ini klik "pengeluaran"
pastu cari " Borang-borang berkaitan pengeluaran" klik 
pastu cari kat situ " KWSP 9H (Ahli) - Pengeluaran Pendidikan'' klik dan download
pastu print (print sekali senarai semak dokumen) dan isi (PEN HITAM SAHAJA)
Langkah 2
Lengkap kan borang tu semua... pasti kan semua borang lengkap dan dokumen kena ada.
dan kemudian hantar pada KWSP 

selesai .... 

tapi kalau pelajar EPJJ/PLK UiTM sesiapa bayar mengunakkan KWSP pastikan korang sentiase update dan tanye dekat uitm ( check dekat Online Bendahari) sama ada yuran dah settle ke belum... kalau still belum settle sila bertindak segera.. sebab proses UiTM nak keluarkan invoice untuk bagi ke KWSP mengambil masa sedikit.. Bukan nak kutuk UiTM tapi nak inform jer.. Yelah UiTM bukan nak kena jaga seorang pelajar b'ribu2 pelajar UiTM kena jage. so kalau belum settle dan tarikh Gugur taraf dah dekat sila telephone KWSP serta UiTM. kalau korang tak buat nanti xboleh masuk ejam yer... 

Pada yang full time (anak) tak silap aku korang boleh claim balik jer.. sebab KWSP akan mintak resit pembayaran .. so masa bayar yuran sila simpan resit pembayaran atau fotostat sebab nak tunjuk bahan bukti yang kita dah bayar.... 

Note akhir 
Pada sesiap yang memerluakan borang pengesah belajar dari Uitm sila klik :- 
1. bendahari.uitm
2.  cari tajuk bill pelajar tak pon direct klik sini bil pelajar, masukan kad matrix
3.sebelah kiri bawah ada tulisan "e-kwsp" pastu klik pastu klik  "ok" pastu klik  "jana" pastu klik cetak pastu tunggu kertas keluar dari tempat printer yer... heheheh 

Okey selamat mencuba....

2 comments:

  1. Assalamualaikum, izinkan saya bertanya. Saya baru je tahu tentang e-kwsp untuk uitm ni. Tapi saya dah pun habis belajar dan telah bekerja. Masa belajar dulu parents yang biaya dan saya tiada membuat pinjaman. So adakah duit kwsp tu boleh di 'claim' untuk membuat bayaran untuk perkara-perkara lain? contohnya duit yang di'claim' atas nama saya tu, digunakan untuk biaya pembelajaran adik saya pula.

    Terima Kasih.
    Maaf ye jika soalan saya ni tak logik hehe.

    ReplyDelete
  2. Tuan boleh berhubung dengan pihak KWSP berkenaan hal tersebut. Macam kes sy, utk semester 1-3 sy bayar menggunakan cash dan pada semester 4 sy gunakan KWSP dan sy tebus semula cash yg sy bayar pada sem 1-3 dan duit tu dikreditkan semula didalam akaun bank sy.

    ReplyDelete